Ainan Tasneem Selamat Melahirkan Sepasang Bayi Kembar
Penyanyi Ainan Tasneem telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar di sebuah hospital di Shah Alam hari ini.
Berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya, Ainan mengatakan dia dan bayi kembarnya itu berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi’in yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.
“Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yg soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yg barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm,” tulisnya.
Ainan berkata, dia juga berhasil melahirkan kedua-dua anaknya itu menerusi kelahiran secara normal.
“Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery. Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat kepada Dr Siti dan nurse-nurse yang banyak membantu di Hospital Salam.
“Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Aamiin Ya Mujib,” ujarnya.
Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera iaitu Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada Januari 2017. – KopiPlanet.com
The post Ainan Tasneem Selamat Melahirkan Sepasang Bayi Kembar appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: