Walaupun Pernah Dihina Tunang, Demi Lovato Masih Kekal Dengan Max Ehrich
Di sebalik kontroversi beberapa siri twit yang ditulis tunangnya 10 tahun lalu, penyanyi Demi Lovato dikatakan masih lagi bersama tunangnya, pelakon Max Ehrich.
Max sebelum ini dikatakan pernah ‘menghina’ Demi menerusi status twitnya yang ditulis pada 2010 mengatakan suara Selena Gomez lebih baik daripada Demi serta Selena lebih cantik daripada tunangnya itu.
Walaupun ramai percaya twit itu ditulis sendiri oleh Max ketika dia masih belum berkenalan dengan Demi, namun Demi percaya twit itu adalah rekaan semata-mata daripada haters-nya.
Menurut sumber terdekat dengan Demi, penyanyi itu sangat terkesan dengan perkara tersebut walaupun dia percaya status yang ditulis itu adalah palsu.
“Dia sangat tergila-gilakan Max dan tidak mahu lagi patah hati dalam bercinta. Demi sangat sayangkan Max dan percaya Max juga ikhlas mencintainya,” kata sumber itu memetik laporan E! News.
Susulan tersebarnya kembali twit tersebut di laman sosial, kebanyakan teman rapat Demi mula meragui keikhlasan Max dan adakah jejaka itu lelaki yang tepat untuk penyanyi lagu Skyscraper itu.
Demi dan Max bertunang pada Julai lalu selepas mereka dikatakan mula menjalin cinta sejak bulan April lalu. Malah sepanjang tempoh berkurung disebabkan pandemik Covid-19, mereka tinggal bersama di kediaman mewah Demi yang terletak di California, Amerika Syarikat. – KopiPlanet.com
The post Walaupun Pernah Dihina Tunang, Demi Lovato Masih Kekal Dengan Max Ehrich appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: