Ads Top

(Video) Rakaman Ular ‘Menyorok’ Di Bahagian Lampu Motosikal Bikin Warganet Risau

Seperti yang diketahui, haiwan berbisa seperti ular sememangnya terkadang akan berselindung di sebalik kawasan-kawasan yang tidak pernah dijangka.

Jika sebelum ini dilaporkan haiwan tersebut banyak dijumpai di dalam mangkuk tandas, longkang dan di dalam tilam, anda mungkin juga tidak menjangkakan bahawa ia juga ‘menghuni’ di dalam bahagian motosikal.

Melalui video yang dimuatnaik oleh SKUAD KING COBRA JBPM di laman Facebook, dapat dilihat seekor ular tedung melingkar di dalam bahagian kepala motor.

Menerusi video itu, dapat dilihat seseorang sedang membuka bahagian kepala motosikal tersebut dan setelah itu ular tedung keluar dengan lehernya yang mengembang.

Tidak dapat dipastikan bila dan di negara mana video ini dirakam namun perkongsian itu diharap agar orang ramai sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Ular dalam kepala motor.. hati-hati ok… ni Video dari luar negara.. tapi dekat Malaysia pon pernah berlaku kes macam ni…so beware…

Ular dalam kepala motor.. hati-hati ok… ni Video dari luar negara.. tapi dekat Malaysia pon pernah berlaku kes macam ni…so beware…

Posted by SKUAD KING COBRA JBPM on Monday, 14 September 2020

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa ‘seram’ dengan video tersebut.

Sumber: SKUAD KING COBRA JBPM

The post (Video) Rakaman Ular ‘Menyorok’ Di Bahagian Lampu Motosikal Bikin Warganet Risau appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.