Syamsul Yusof Mahu Saman Pemilik Akaun Saluran YouTube Fitnah Dirinya
Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof berang dengan tindakan pemilik sebuah akaun YouTube Channel yang meletakkan tajuk yang menuduh dirinya telah berlaku curang.
Menerusi Insta Video miliknya, pengarah berkenaan menyatakan dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Cabik Geronong’.
“Tak sangka apa yang dia tulis… you guys don’t play with me. Berani tulis title macam ni. Just to get views, I check this channel from Malaysia. Kita akan dapatkan dia punya ID.
“Too much brother. Don’t play around with my name. Sekarang ni dekat channel YouTube I know you guys yang ada YouTube channel nak dapatkan view, I know it’s your job.
“But please man respect people, respect artis jugak. We got family, I got kids man. Because this one channel Cabik Geronong, dia tulis title yang boleh membawa kepada fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi. I’m going to sue you, I see you in court ,” luahnya kesal.
Menurut Syamsul, dia mahu mengambil tindakan undang-undang bukanlah semata-mata kerana duit, tetapi mahu memberi pengajaran kepada pihak berkenaan.
> Baca: “Kalau Dah Ada Keserasian, Kesefahaman Saya Tidak Kisah” – Intan Ladyana
“It’s not about the money, 500,000… 1 million, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain yang sebelum ini pernah kena, kalau dorang tak berani nak saman, ni Syamsul saman kau.
“I’m not playing games sekarang ni. Please come on respect people. Orang tengah ada problem sekarang ni korang nak fikir pasal korang punya view, tak fikir orang punya perasaan. See you in court,” luahnya.
Dia juga menganggap bahawa perkara ini adalah satu perbuatan yang sangat melampau.
“Orang lain pun ada perasaan… I respect you, you respect me… Respect each other. Don’t treat us Malaysia artist like sh** man. See you in court, confirm aku saman korang,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Syamsul Yusof Mahu Saman Pemilik Akaun Saluran YouTube Fitnah Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: