Ads Top

5 Amalan Muta’addi Yang Mudah Untuk Dilakukan

Setiap kali anda melakukan kebaikan, pernah tak anda meniatkan agar biarlah kebaikan itu dapat memberi manfaat bukan hanya kepada diri anda sendiri namun juga kepada sekeliling?

Walau apa sahaja kebaikan yang anda salurkan, jika ia memberi manfaat untuk orang sekeliling, maka ia dianggap besar ganjarannya di sisi Allah.

Sebagaimana dalam sebuah hadis yang dinukilkan;

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

Maksud: “Barangsiapa memberi petunjuk kepada kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikuti ajakannya takpa mengurangi pahal mereka sedikit pun.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2674)

Tahukah anda, amalan yang dilakukan tergolong dalam dua kategori, iaitu amalan qaashir dan amalan muta’addi.

Amalan qashir ialah amalan yang hanya memberi manfaat untuk diri sendiri seperti menunaikan solat dan puasa, manakala amalan muta’addi adalah amalan yang memberi manfaat untuk sekeliling juga.

Jadi, entri kali ini akan melihat antara amalan muta’addi yang boleh dilakukan.

#1 – Membuang Halangan Di Jalanan

Dari Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda;

بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِى بِطَرِيقٍ وَجَدَ غُصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيقِ فَأَخَّرَهُ ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ ، فَغَفَرَ لَهُ

Maksud: “Ketika ada seorang lelaki yang sedang berjalan, ia menemukan dahan pohon berduri di tengah jalan, lalu ia menyingkirkannya. Maka, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 652)

#2 – Berbuat Baik Kepada Haiwan

اتَّقُوا اللَّهَ فِى هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً

Maksud: “Bertakwalah kalian kepada Allah pada binatang-binatang ternak yang tak boleh berbicara ini. Tunggangilah ia dengan baik, makanlah pula dengan cara yang baik.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2548. Imam Nawawi mengatakan ia hadis sahih)

#3 – Membantu Orang Yang Memerlukan

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ

Mafhum: “Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, 2:273)

#4 – Berbuat Baik Kepada Anak Yatim

Dari Abu Darda RA, Nabi SAW pernah didatangi oleh seorang yang mengeluh mengenai kerasnya hatinya. Nabi SAW lalu bersabda;

أَتُحِبُّ أَنْ يَلِيْنَ قَلْبُكَ وَتُدْرِكَ حَاجَتُكَ اِرْحَمِ اليَتِيْمَ وَامْسَحْ رَأْسَهُ وَأَطْعِمْهُ مِنْ طَعَامِكَ يَلِنُ قَلْبُكَ وَتُدْرِكُ حَاجَتُكَ

Maksud: “Adakah engkau suka hatimu menjadi lembut dan kamu mendapatkan hajatmu (keperluanmu)? Rahmatilah anak yatim, usaplah kepalanya dan berikanlah makan kepadanya dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lembut dan nescaya kamu akan mendapatkan hajatmu.” (Hadis Riwayat ‘Abdurrazaq, 11:97. Syeikh Al-Albani mengatakan hadis ini hasan)

#5 – Menyantuni Jiran Tetangga

Mafhum: “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh.” (Surah An-Nisa, 4:36)

Kesimpulan

Banyak lagi sebenarnya amalan muta’addi yang boleh dilakukan selain daripada yang dinyatakan di atas.

Yang paling penting, kebaikan-kebaikan ini dilakukan berdasarkan kemampuan diri sendiri. Jangan pula membebankan diri semata-mata ingin menolong orang lain.

Jika kita sudah meniatkan untuk melakukan kebaikan, maka Allah akan menunjukkan jalanNya. Insya Allah.

Rujukan:
Rumaysho.com

The post 5 Amalan Muta'addi Yang Mudah Untuk Dilakukan first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.