Kewajipan Suami Untuk Memberi Upah Kepada Isteri Yang Menyusukan Anak
Mungkin ada dalam kalangan kita yang memahami bahawa tugas dan kewajipan menyusu itu adalah sepenuhnya tanggungjawab si ibu.
Namun, tahukah anda sebenarnya tugas dan kewajipan yang sebenarnya adalah bergantung kepada si bapa juga.
Bagaimana si bapa juga bertanggungjawab ke atas tugas itu? Hal ini kerana, ia adalah termasuk dalam nafkah yang perlu disempurnakan oleh bapa kepada keluarganya.
Mafhum: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah Al-Baqarah, 2:233)
Melalui ayat ini, dijelaskan bahawa kewajipan si bapa untuk menyediakan keperluan kepada ibu yang menyusu dengan cara yang terbaik.
Sama ada anak yang disusui itu adalah daripada isteri sendiri mahupun ibu susuan, wajib ke atas si bapa untuk memberi nafkah kepada orang yang menyusukan itu.
Jadi, wajib ke atas si bapa untuk menyediakan keperluan yang terbaik buat si ibu yang menyusukan anaknya. Walaupun mereka merupakan pasangan yang telah bercerai, namun bapa kepada bayi itu perlu memberi upah yang terbaik buat si ibu.
Menurut kitab-kitab fikh juga, semua tanggungan dan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami.
Walaupun si ibu itu reda, tetapi tidak salah untuk memberi imbalan sebagai self-reward kepadanya agar tugasnya itu dihargai.
Ibu merupakan perantara kepada bapa dan anaknya untuk ditunaikan nafkah. Jadi, bapa perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.
Sebagaimana Baginda SAW diriwayatkan sebagai seorang yang menghormati ibu susuannya, iaitu Halimah Saadiah dan juga menghormati isterinya yang merupakan ibu kepada anak-anaknya.
Jadilah anda suami dan bapa yang sentiasa menghargai isteri dan menunaikan nafkah buat keluarga.
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
Bincang Syariah
The post Kewajipan Suami Untuk Memberi Upah Kepada Isteri Yang Menyusukan Anak first appeared on Tazkirah.
No comments: