Individu Pulang Dari Sabah Tak Perlu Kuarantin 14 Hari – Ismail Sabri
Individu yang pulang dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin ataupun di rumah.
Perkara tersebut ditegaskan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media perkembangan terkini PKPP, sebentar tadi.
Ianya bagi menjawab isu yang tular di media sosial mengenai kuarantin wajib selama 14 hari yang dikenakan bagi individu yang pulang dari negeri berkenaan.
”Ramai yang keliru dan bimbang yang mengatakan bahawa apabila mereka pulang ke rumah mereka dari Sabah sama ada ke Semenanjung ke Sarawak atau ke Labuan kononnya mereka akan dikuarantin 14 hari.
”Jadi saya ingin menegaskan hari ini bahawa mereka yang pulang dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak atau pulang ke Labuan tidak perlu dikuarantin selama 14 hari sama ada di pusat kuarantin atau di rumah.
”Jadi tidak betul cerita-cerita yang mengatakan mereka perlu dikuarantin dan Menysurat memutusakan tiada ada kuarantin 14 hari untuk mereka yang pulang dari Sabah,” katanya.
COVID-19: Individu pulang dari Sabah tidak perlu jalani kuarantin 14 hari – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
— BERNAMA TV (@BernamaTV) September 22, 2020
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini PKPP | 22 Sept 2020
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 22 September 2020Posted by Bernama TV on Monday, September 21, 2020
Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini PKPP
The post Individu Pulang Dari Sabah Tak Perlu Kuarantin 14 Hari – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.
No comments: