5 Tanda Bayi Suka Kepada Anda
Apabila mendengar berita ada di antara kenalan anda yang sudah mula dikurniakan rezeki cahaya mata, pasti anda juga hadir perasaan teruja.
Bayangkan, kawan-kawan yang dulunya kita kenal masih lagi bujang, sama-sama berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, sama-sama bersorak ketika mendapat markah peperiksaan yang memuaskan, kini sudah pun bergelar ibu mahupun bapa.
Walaupun tugas dan tanggungjawab mereka semakin besar dan mencabar, namun sebagai seorang kawan yang mengenalinya, kita perlu sentiasa menunjukkan sokongan kepada mereka dengan tidak memutuskan silaturrahim.
Jika ada kelapangan, ambil masa untuk melawat mereka sebagai tanda ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata.
Apabila melawat mereka, pasti perasaan teruja untuk memegang bayi itu hadir. Namun, anda juga pasti tertanya, terutamanya buat anda yang jarang-jarang memegang bayi; “Adakah bayi ini selesa dengan aku?”
Jadi, untuk mengetahui adakah bayi suka kepada anda atau tidak, jom lihat lima tanda ini;
#1 – Pandangan Manjanya Ke Wajah Anda
Bayi yang suka dan selesa kepada seseorang, mereka akan cenderung untuk curi-curi pandang kepada anda. Mereka juga kerap memandang anda.
Perbuatan ini dikatakan bahawa dia sedang cuba mengenali wajah anda. Perasan tak, kalau bayi yang menangis apabila didukung atau dipujuk oleh ibunya, dia akan terus diam atau lena? Itu kerana, bayi tersebut sudah kenal akan ibunya.
#2 – Minta Didukung
Bayi yang selesa dengan seseorang juga akan menjadi manja dan sentiasa ingin dekat dengan anda; contohnya, mereka akan meminta untuk didukung atau apabila berada di atas riba anda, mereka akan kurang meragam.
#3 – Suka Bermain Dengan Anda
Umur bayi yang sudah mencecah lima ke lapan bulan ataupun yang sudah boleh merangkak, mereka akan cuba menarik perhatian anda dengan cuba bermain-main dengan anda.
Jika anda membawakan permainan kepada mereka pun, pasti mereka akan suka dan mengajak anda untuk bermain bersama.
#4 – Mudah Ketawa
Kita tahu, kalau bayi menangis, pasti ada sahaja yang tak kena. Begitu juga kalau bayi itu ketawa. Mereka ketawa kerana suka dan selesa dengan perbuatan anda.
Walaupun perkara yang anda lakukan itu kecil, namun gelak tawanya akan pecah kerana berasa bahawa saat itu adalah saat yang indah.
Kesimpulan
Bayi itu adalah anugerah tuhan buat pasangan yang berkahwin. Bukan itu sahaja kerana mereka juga boleh menjadi salah satu punca kebahagiaan untuk orang sekeliling.
Ada bayi yang mudah selesa dengan orang sekeling tetapi ada juga yang memerlukan masa yang lama.
Jadi, jangan risau jika dilihat bayi tidak suka kepada anda. Mungking dia juga memerlukan masa atau sedang meragam dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan kepadanya seperti lapar atau sakit perut.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Majalah PaMa
Penjagaan Bayi Baru Lahir
The post 5 Tanda Bayi Suka Kepada Anda first appeared on Tazkirah.
No comments: