Ads Top

#2 – Mulakan Dengan Katakan ‘Aku Boleh’

Pelan Efisien 100 Hari

Apabila anda meletakkan sesuatu azam atau niat untuk melakukan sesuatu, apa yang anda akan lakukan?

Adakah anda menunggu waktu yang sesuai untuk melakukannya? – “Asalkan sudah ada azam, itu sudah cukup. Nanti, mula minggu depan aku diet.”

Atau anda seorang yang akan bertindak segera tetapi secara semberono tanpa perancangan yang rapi – “Walau macam mana pun, tahun ini aku mesti ada wang simpanan berjumlah RM 10k dalam akaun. Tak kiralah macam mana caranya.”

Dan ada juga sesetengah orang yang sebelum memulakan sesuatu, pasti dia akan mengambil kira matlamat, kemampuan diri dan juga mempunyai perancangan yang rapi untuknya.

Tidak kiralah mana satu kategori anda berada, kali ini apa kata cuba lihat kembali kepada apa yang ingin anda capai dan bandingkan, sudah berapa peratus pencapaian tersebut.

Sudah berapa kali juga anda tersungkur kerana bukan mudah nak realisasikan azam tersebut atau adakah anda masih menunggu waktu yang tepat untuk melaksanakannya?

Sebenarnya, apabila sudah punya azam, tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya kerana masa tidak akan menunggu kita. Sebaliknya, kita sendiri yang perlu mencari peluang untuk menjadikannya sesuai seiring dengan matlamat kita sendiri.

Dan sekarang, 2021 sudah semakin mendekat namun ia tidak bermaksud 2020 sudah berakhir. Anda masih punya 99 hari lagi untuk mencapai apa yang diingini.

Mulakan sekarang, saat anda membaca perkongsian ini, katakan bahawa ‘aku boleh’ dan bayangkan ia menjadi sebuah realiti.

Keyakinan kepada diri anda adalah perkara yang sangat penting. Jika anda tidak mempercayai diri sendiri, siapa lagi yang akan memberi semangat dalaman kepada diri anda?

Kerana setiap seribu langkah itu bermula dengan langkah yang pertama.

#PelanEfisien100Hari
#PE1H

The post #2 - Mulakan Dengan Katakan 'Aku Boleh' first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.