Ads Top

Trump Nafi Menyorok Dalam Kubu Bawah Tanah, ‘Bunker’ Di White House Untuk Berlindung Dari Perusuh

trump bunker

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menafikan laporan media mendakwa beliau masuk ke kubu bawah tanah atau bunker untuk berlindung dari para perusuh di luar White House.

Katanya, beliau ke ruangan tersebut adalah untuk pemeriksaan semata-mata.

“Itu adalah laporan palsu. Saya ke bawah pada hari tersebut dan saya berada di sana seketika, sekejap sahaja. Dan ia lebih kepada pemeriksaan. Tiada masalah pada hari tersebut.

“Saya ke bawah sebanyak dua atau tiga kali, semuanya untuk pemeriksaan. Dan, anda ke sana, suatu hari nanti anda mungkin memerlukannya. Saya telah turun ke bawah melihatnya. Ia pada waktu siang, dan ia bukan satu masalah.

“Ia tak pernah menjadi masalah. Tiada sesiapa yang pernah hampir memberi masalah kepada kami.

“Mereka berkata ada baiknya turun ke bawah untuk melihat, kerana mungkin suatu hari nanti kamu akan memerlukannya,” katanya.

trump bunker
Donald Trump berjalan di belakang ke White House diiringi Secret Service setelah muncul di luar gereja St John’s Episcopal pada Isnin. (Kredit: The Guardian)

Lockdown ke atas White House

Sebelum ini, Amerika telah melaksanakan ‘lockdown‘ ke atas White House susulan rusuhan ke atas kematian George Floyd tersebar ke hadapan bangunan pentadbiran didiami presiden itu.

Trump turut dilaporkan mengugut untuk menggunakan kekerasan jika perusuh menceroboh ke bangunan tersebut.

“Jika mereka (melanggar pagar), mereka akan disambut anjing-anjing paling ganas dan senjata paling tidak menyenangkan, yang saya pernah lihat. Ketika itulah orang akan sangat teruk tercedera, sekurangnya.

Media antarabangsa pula mendakwa Donald Trump sekeluarga telah dibawa ke kubu bawah tanah (bunker) di sana.

Dalam laporan CNN sebelum ini, mereka mendakwa Trump sekeluarga telah dibawa ke kubu tersebut pada malam Jumaat selama kurang satu jam sebelum dibawa ke atas semula.

Memetik salah seorang sumber dari White House dan sumber penguatkuasaan undang-undang, CNN menulis,

“Sumber kedua memberitahu CNN jika keadaan di White House bertukar kepada merah, presiden akan dipindahkan ke Pusat Operasi Kecemasan, Melania Trump, Barron Trump dan ahli keluarga terdekat yang lain juga akan dipindahkan bersama.”

Ruangan bawah tanah itu pernah digunakan (mantan) timbalan Presiden AS, Dick Cheney pada 11 September 2001 ketika pihak berkuasa mengkhuatiri pesawat bakal melanggar bangunan tersebut.

Sumber: CNN, The Guardian

The post Trump Nafi Menyorok Dalam Kubu Bawah Tanah, ‘Bunker’ Di White House Untuk Berlindung Dari Perusuh appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.