TERKINI: 277 Kes Positif Baharu Dan Hanya 4 Warganegara Berjangkit Dalam Penularan Tempatan
Sehingga 4 Jun 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 277 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak kes.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.
Daripada jumlah 277 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 2 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 275 kes. Bagaimanapun sebanyak 271 daripada jumlah penularan tempatan adalah melibatkan bukan warganegara.
Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah 8,247 dan kes aktif kebolehjankitan Covid-19 adalah senyak 1,573 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Sehingga kini, seramai 6 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).Daripada jumlah tersebut, 2 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes ( 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Terkini #covid19malaysia, 4 Jun
Kes sembuh = 28
Jumlah kes sembuh = 6,559
Kes baharu positif = 277
Jumlah positif = 8,247
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 6 kes dirawat di ICU dan 2 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. pic.twitter.com/wAIjATTeAP— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 4, 2020
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, June 4, 2020
Sumber: Sidang Media KKM
The post TERKINI: 277 Kes Positif Baharu Dan Hanya 4 Warganegara Berjangkit Dalam Penularan Tempatan appeared first on Siakap Keli.
No comments: