Ads Top

Status Jemaah Haji Malaysia Bakal Diketahui Minggu Depan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kebenaran jemaah Haji Malaysia bagi penunaian rukun Islam itu adalah bergantung kepada pengumuman Kerajaan Arab Saudi.

Tambah beliau, sebaik sahaja Arab Saudi mengeluarkan pengumuman rasmi berkenaan itu, kerajaan akan berbincang mengenainya dan keputusan tersebut akan diumumkan oleh Dr. Zulkifli.

Terkini, melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli melalui laman media sosialnya, satu mesyuarat berkenaan status jemaah haji telah diadakan bersama Tabung Haji.

Usaha ini adalah sebagai langkah dalam penyelarasan jemaah haji di Malaysia. Hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan dalam Kabinet dan kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Hasil daripada mesyuarat tersebut akan diumumkan oleh beliau pada minggu hadapan.

Sumber:
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri




No comments:

Powered by Blogger.