Ads Top

Solat Jumaat Dibenarkan Seramai 40 Jemaah Di Kelantan

Masjid di Kelantan yang sebelum ini hanya membenarkan seramai 12 orang jemaah sahaja dan merangkumi Pegawai Masjid telah membenarkan tambahan jemaah sehingga 40 orang bermula 5 Jun ini.

Bilangan ini adalah termasuk imam tua, imam muda, bilal, siak, ahli jawatankuasa masjid dan anak mukim yang terpilih.

Ia yang akan bermula pada Jumaat ini telah mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Solat Jumaat ini tetap masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyediaan senarai maklumat jemaah yang hadir di dalam buku pendaftaran, tidak membenarkan golongan warga emas dan kanak-kanak hadir ke masjid, menyediakan cecair pembasmi kuman, memastikan penjarakan sosial sebanyak satu meter dan jemaah digesa untuk memakai pelitup muka merupakan antara SOP yang perlu dipatuhi.

Selain itu, jemaah yang bergejala seperti batuk, demam, selsema dan sakit tekak serta melebihi suhu 37.4 darjah celcius tidak dibenarkan masuk.

Aliran pengudaraan di dalam ruang solat juga perlu dijaga dengan tidak memasang alat pendingin hawa dan perlu membuka pintu serta jendela.

Jika SOP yang ditetapkan dilanggar, tindakan yang sewajarnya akan diambil.

Sumber:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)




No comments:

Powered by Blogger.