Ads Top

Perlukah Lafaz Nikah Dijawab Dalam Satu Nafas

Musim COVID-19 menyaksikan pelbagai SOP baru diwujudkan bagi menyesuaikan keperluan pasangan-pasangan yang ingin bernikah dalam masa sama masih menjaga keselamatan diri daripada wabak tersebut.

Kekangan ini tidak dinafikan melambatkan niat para pasangan untuk bernikah, namun tidak menghalang dan memadam keinginan untuk membina institusi perkahwinan, sesuai dengan sunnah Nabi SAW.

Daripada Abu Ayyub RA, Sabda Nabi SAW:

Ø£َرْبَعٌ Ù…ِÙ†ْ سُÙ†َÙ†ِ الْÙ…ُرْسَÙ„ِينَ: الْØ­َÙŠَاءُ، ÙˆَالتَّعَØ·ُّرُ، ÙˆَالسِّÙˆَاكُ، ÙˆَالنِّÙƒَاحُ

Maksudnya: Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah. (Riwayat al-Tirmizi, no.1080)

Ada yang melangsungkan proses akad nikah secara maya, dan ada pula mengadakannya di pejabat agama dengan kehadiran ahli keluarga yang terhad sahaja.

Sungguhpun pelaksanaannya sedikit berubah namun beberapa perkara masih bersifat tetap contohnya rukun nikah yang merangkumi sighah (ijab dan kabul), pengantin perempuan dan lelaki, wali dan dua orang saksi.

Bercakap tentang lafaz ijab (lafaz pemberian daripada wali pengantin perempuan) dan qabul (lafaz penerimaan) pula, di sesetengah tempat ada menetapkan syarat bahawa lafaz qabul mestilah diucapkan dalam satu nafas. Apakah ia benar disyaratkan dalam Islam atau suatu amalan yang hanya diada-adakan?

Sebenarnya yang disyaratkan dalam lafaz nikah ialah ijab dan qabul mesti diucap secara berturutan dan bukan satu nafas.

Jika wali berkata: “Aku kahwinkan kamu dengan anak perempuanku,” dan selepas tempoh yang lama barulah pengantin lelaki menjawab: “Aku terima nikahnya…”, maka akad tersebut tidak sah kerana ada jeda yang lama antara lafaz ijab dan qabul.

Walau bagaimanapun, jika diam sekejap antara ijab dan qabul, seperti bernafas atau bersin, ia tidak merosakkan aqad nikah itu.

Disyorkan kepada jurunikah supaya tidak terlampau memberatkan pelaksanaannya jika telah cukup syarat. Prihatin lah kepada keadaan pengantin yang gugup atau berdarah gemuruh ketika itu. Semoga perkara ini semakin menambahkan kefahaman kita dalam memahami agama.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan




No comments:

Powered by Blogger.