Ads Top

Halal2Go – Servis Penghantaran Makanan Diyakini Halal

Serba Dinamik Holding Sdn Bhd menerusi anak syarikatnya Serba Dinamik IT Solutions (SDIT) telah melancarkan Halal2Go, sebuah aplikasi penghantaran makanan secara atas talian pada 17 Mei yang lalu.

Halal2Go merupakan aplikasi sehenti yang menumpukan kepada penghantaran makanan halal, bersih, suci, sihat, berkualiti serta diyakini daripada premis-premis makanan serta masakan dari rumah oleh individu yang ingin memasarkan produk mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik IT Solutions, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata bahawa usaha ini akan bermula secara berperingkat daripada domestik dan akan dikembangkan ke peringkat global.

SDIT juga berhasrat untuk melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa hingga ke Singapura, Indonesia, United Kingdom, India dan Emiriah Arab Bersatu pada masa hadapan.

Halal2Go turut menjalin hubungan kerjasama dengan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (Usahanita) sekaligus membuka ruang kepada usahawan wanita untuk meneguhkan lagi perniagaan mereka.

Ia adalah peluang baik buat golongan wanita menjana pendapatan lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu akibat Covid-19.

Yang Dipertua Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia, Datuk Faridah A.Jabbar berkata bahawa para wanita boleh memasarkan produk mereka daripada rumah serta memulakan perniagaan hanya dengan melakukan pendaftaran mudah di aplikasi tersebut yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store.




No comments:

Powered by Blogger.