Ads Top

Doa Istimewa Ini Diajarkan Oleh Rasulullah SAW Kepada Abu Bakar

Doa berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud menyeru dan meminta. Seseorang yang berdoa menandakan bahawa dia tidak sombong dan masih memerlukan sesuatu daripada Tuhan Yang Maha Memberikan. Kita boleh berdoa apa sahaja kepada Allah selagi perkara tersebut tidak dilarang dalam Islam, dalam apa jua bahasa sekalipun.

Walau bagaimanapun, boleh juga memilih daripada doa yang sudah sedia ada contohnya doa yang terabadi dalam Al-Quran yang biasanya dipaparkan melalui kisah-kisah nabi contohnya doa Nabi Yaakub saat sedih kehilangan Nabi Yusuf, doa Yunus dalam perut ikan Nun dan lain-lain.

Selain itu, banyak juga doa sahih yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sendiri dan boleh didapati daripada hadis-hadis baginda. Alangkah baiknya jika kita dapat mengetahui doa-doa tersebut dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Kali ini, Tzkrh ingin berkongsi satu lagi doa yang pernah diajarkan oleh baginda SAW kepada sahabat rapat baginda sendiri iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Daripada Abu Bakr As-Siddiq, beliau berkata kepada Rasulullah SAW,

عَلِّمْنِى دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِى صَلاَتِى قَالَ قُلِ :اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Ajarkanlah aku suatu doa yang boleh aku panjatkan saat solat!” Maka Beliau pun berkata, “Bacalah: ‘Allahumma inni Zholamtu Nafsii Zhulman Katsiiran Wa Laa Yaghfirudz Dzunuuba Illaa Anta Faghfirlii Maghfirotan Min ‘Indika Warhamnii Innaka Antal Ghafuurur Rahiim (Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka itu ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisiMu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)” (HR. Bukhari, no. 834 dan Muslim, no. 2705)

Selain daripada doa memohon keinginan dan kemahuan, jangan lupa untuk berdoa meminta keampunan atas segala kesalahan yang telah dilakukan, sama ada yang sengaja atau tidak sengaja. Doa di atas adalah salah satu contoh doa yang sangat baik untuk diamalkan.




No comments:

Powered by Blogger.