Orang Jepun ‘Bersihkan’ Kawasan Di Malaysia, Dakwa Kutip 4,500 Puntung Rokok Dalam Masa 1 Jam Setengah
Budaya membuang sampah merata-rata masih berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia biarpun kita hampir mengakhiri penggal pertama 2020.
Baru-baru ini seorang lelaki yang mengaku sebagai warga Jepun yang juga pemilik kepada akaun Twitter bernama Nana berkongsi hasil kutipan puntung rokok di sekitar bandar negara ini pada awal tahun ini.
Menurutnya, dia bersama pasukan Trash Hero Putrajaya berjaya mengutip ribuan puntung rokok dalam tempoh satu jam setengah sahaja.
タバコの吸い殻のポイ捨てが多い😭
今年の初めPutrajayaのAyer 8でごみ拾いした時の写真です。1時間半で4500本もの吸い殻を拾いました。#Putrajaya pic.twitter.com/X8vngH7vKP— Nana@Cyberjaya 🇯🇵🇲🇾✌️ (@NanaCyber2) May 26, 2020
Awal tahun ini, saya dan sukarelarawan Trash Hero Putrjaya membuat pembersihan di Ayer 8, Putrajaya. Kami berjaya mengutip 4500 batang rokok di dalam 1 jam setengah.
— Nana@Cyberjaya 🇯🇵🇲🇾✌️ (@NanaCyber2) May 27, 2020
Puntung rokok paling banyak mengotori planet bumi, dibuang sesuka hati.#putrajaya #bangi #cyberjaya#trashhero
Posted by Trash Hero Putrajaya on Saturday, 11 January 2020
Sebelum ini, Nana dan pasukannya turut berjaya mengutip kira-kira 202 kg sampah di sebuah lokasi di Cyberjaya.
“Pada 29 haribulan 2 sebelum PKP, saya dan sukarelawan Trash Hero Putrajaya telah membuat pembersihan di sebuah Mall. Kami dapat mengutip 202 kg sampah termasuk botol, puntung rokok dan lain-lain.”
MCO前の2/29。GEM-IN-MALLの裏でごみ拾いをやった時の1枚。
ペットボトル、タバコのポイ捨て多かった。2時間で202kgのゴミを拾いましたよ pic.twitter.com/yc4ks36uU5
— Nana@Cyberjaya 🇯🇵🇲🇾✌️ (@NanaCyber2) May 24, 2020
Sumber: Nana
The post Orang Jepun ‘Bersihkan’ Kawasan Di Malaysia, Dakwa Kutip 4,500 Puntung Rokok Dalam Masa 1 Jam Setengah appeared first on Siakap Keli.
No comments: