Ditindih Polis Hingga Mati, Siapa Sebenarnya George Floyd Sehingga Kematiannya Cetus Rusuhan Di AS
Kematian seorang lelaki, George Floyd, pada Isnin lalu di Amerika Syarikat (AS) menjadi tular di media sosial hingga ke seluruh dunia ketika ini. Kata-kata terakhir George sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, meruntun setiap perasaan manusia tanpa mengira perbezaan kaum bangsa mahupun agama.
Persoalannya, siapakah George Floyd dan apa yang berlaku kepada lelaki berkulit hitam ini sehingga membangkitkan kemarahan rakyat negara itu dan kecaman bertalu-talu oleh warganet yang menuntut supaya keadilan dapat ditegakkan.
Malah, tanda pagar #JusticeForGeorgeFloyd dan #BlackLivesMatter kini menjadi trending di Twitter sehingga mendapat jutaan ciapan oleh netizen di seluruh dunia.
Siapa George Floyd?
George Floyd yang berusia 46 tahun, merupakan seorang penduduk di bandar Minneapolis dan bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah restoran Amerika Latin yang bernama Conga Latin Bistro di bandar tersebut.
Menurut sumber, George telah bekerja di restoran berkenaan selama lima tahun dan menyewa rumah daripada pemilik restoran itu, Jovanni Thunstrom.
RIP, Sad, siempre te recordaremos
Posted by Conga Latin Bistro on Tuesday, 26 May 2020
Menerusi muat naik di Facebook pada Selasa, Thunstrom menggambarkan George yang dibesarkan di Houston sebagai bukan sahaja pekerja tetapi umpama keluarga dan kawan yang sangat baik.
”Menonton video ini membuatkan air mata saya mengalir, tubuh saya penuh dengan emosi dan persoalan tanpa jawapan,” tulis Thunstrom.
Today I woke up to hear a very sad news. I saw a video of a black man been choke to dead by a Minneapolis police officer…
Posted by Jovanni Thunstrom on Tuesday, 26 May 2020
Kenapa George Floyd ditahan di Minneapolis?
Pada Isnin (25 Mei 2020), George dilaporkan terlibat dalam satu kejadian dengan Jabatan Polis Minneapolis.
Menurut sumber, pada hari tersebut, pegawai polis telah mendapat panggilan daripada sebuah kedai runcit yang mendakwa George telah menggunakan cek palsu di kedai berkenaan.
Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Polis Minneapolis, anggota polis yang bertugas telah bertindak ke atas laporan yang diterima.
Apa yang berlaku kepada George Floyd sewaktu ditahan?
Setelah pihak polis mengesan George yang berada berdekatan keretanya, mereka mendakwa bahawa sewaktu ditahan, beliau ”menentang pegawai secara fizikal” dan berkemungkinan berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Rakaman kejadian yang tular menunjukkan George mengerang dan merayu berulang kali ”Tolong, tolong, saya tak boleh bernafas,” kepada seorang anggota polis yang menekan lehernya dengan lutut.
Pegawai tersebut dikatakan meletakkan sebelah lututnya lagi di bahagian belakang George, berhampiran tempat tangannya yang digari.
Dalam rakaman menyayat hati itu, George juga dapat didengari berkata ”Jangan bunuh saya, dan mama.. mama..” sebelum dia diam, tidak bergerak lagi dengan mata tertutup.
Dalam sebuah rakaman kamera litar tertutup yang tidak dapat didedahkan menunjukkan George Floyd tidak langsung melawan pihak polis yang menagkapnya ketika itu.
Siapakah Derek Chauvin dan Tou Thao?
Derek Chauvin dan Tou Thao adalah dua daripada empat pegawai polis Minnesota yang terlibat di dalam insiden ini.
Pegawai Chauvin telah dikenal pasti sebagai polis yang menjatuhkan George dan menekannya di leher menggunakan lutut sebelum beliau tidak sedarkan diri di dalam video tersebut.
Pegawai Tou Thao pula dilihat cuba menenangkan orang ramai yang merakam kejadian tersebut dan meminta mereka untuk bersurai ketika mereka menjerit mmeberitahu bahawa George tidak lagi bergerak.
Polis terlibat dipecat
Polis Minnesota mengatakan bahawa George meninggal dunia setelah ketika kejadian tersebut. Pada petang 26 Mei, Datuk Bandar Jacob Frey mengesahkan keempat-empat pegawai yang terlibat dalam kejadian itu telah “diberhentikan”.
Four responding MPD officers involved in the death of George Floyd have been terminated.
This is the right call.
— Mayor Jacob Frey (@MayorFrey) May 26, 2020
Pada sidang media pada hari itu, Frey telah menggambarkan kejadian itu sebagai ”kacau-bilau”. Dia berkata: “Saya percaya apa yang saya lihat dan apa yang saya lihat adalah salah di setiap peringkat.
”Menjadi kulit hitam di Amerika tidak boleh menjadi hukuman mati. Selama lima minit kami menyaksikan seorang pegawai kulit putih menekan lututnya ke leher lelaki kulit hitam. Selama lima minit.
“Pegawai ini gagal dalam erti kata manusia yang paling asas.”
Siasatan kini telah dilancarkan oleh FBI dan pihak berkuasa di Minnesota.
Rakyat masih tidak berpuas hati
Rusuhan dilakukan oleh penduduk yang tidak berpuas hati dan menuntut agar kesemua anggota polis yang terlibat dijatuhkan hukuman mati.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial, mereka dilihat turut ‘menyerang’ rumah anggota polis yang didakwa membunuh George namun mereka tidak dapat berada lebih dekat kerana rumah tersebut dikawal puluhan anggota polis.
Video of #Minneapolis Police Department’s Third Precinct station set on fire tonight by Protestors over #GeorgeFloyd deaths.
Police Abandoned the building. Firefighters not stepping in yet:
pic.twitter.com/cvDBn7I8q3— Joyce Karam (@Joyce_Karam) May 29, 2020
Kematian George Floyd umpama satu kematian yang menggoncang dunia. Walau kita sudah berada di tahun 2020, namun apa yang boleh ditafsirkan, keganasan yang berlaku terhadap komuniti kulit hitam di Amerika Syarikat seakan tiada penghujungnya.
Sumber: The Sun, Twitter
The post Ditindih Polis Hingga Mati, Siapa Sebenarnya George Floyd Sehingga Kematiannya Cetus Rusuhan Di AS appeared first on Siakap Keli.
No comments: