Ads Top

Perlukah Menjawab Salam Yang Diberikan Melalui WhatsApp

Memberi salam hukumnya adalah sunat manakala menjawabnya ialah wajib. Ia merupakan amalan yang murni kerana kita sedang mendoakan kesejahteraan seseorang.

Kini, seiring dengan perkembangan teknologi, komunikasi dan hubungan sosial sesama manusia menjadi semakin mudah. Dalam masa yang sama, cara memberi salam juga menjadi lebih santai dengan bahasa dan gaya penulisan yang berbeza.

Ada yang menggunakan bahasa salam yang penuh, yang biasa dan juga yang pendek. Apabila sampai kepada anda mesej yang dimulai dengan salam, adakah anda akan menjawabnya atau membiarkannya sahaja?

Para ulama telah berbahas berkenaan isu ini adakah perlu menjawab salam yang bertulis sama ada di tulisan mesej atau pada kertas-kertas.

Menurut mereka, tulisan dan salam yang disampaikan bukan dalam bentuk lisan adalah wajib dijawab juga. Hal ini kerana, ia adalah salah satu bentuk dan cara percakapan yang sama.

Oleh itu, salam yang disampaikan perlu dijawab dengan cara yang sama ia disampaikan atau lebih baik lagi.

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksud: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan cara yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”

Dalam fikh, ada satu kaedah yang telah digunakan bagi meletakkan kedudukan wajib menjawab salam ke atas mereka yang memberikannya dalam bentuk tulisan.

الكتابُ كالخطاب

Maksud: “Penulisan sama kedudukannya seperti percakapan.” (lihat Al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatiha fi al-mazahib al-arba’ah, 1/339)

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.