Ads Top

Muslim Yang Menghargai Masa Tidak Mensia-siakan 4 Waktu Ini

Dalam kehidupan sehari-hari yang kita jalani, pasti ada masa yang kita habiskan dengan sia-sia. Dan saat ingin melelapkan mata pada waktu malam, kita mula bertanya diri sendiri – apa yang telah aku lakukan pada hari ini?

Jawapan yang diberikan oleh hati dan fikiran saat itu mungkin,

“Tidak ada apa-apa yang istimewa dan bermakna”

atau,

“Aku telah lakukan sesuatu yang bermanfaat buat diri dan orang lain”

Wahab bin Munabih menyebutkan dalam Kitab Hikmah Alu Dawud, bahawa orang-orang yang berakal mestilah tidak mensia-siakan empat waktu iaitu:

#1- Waktu Bermunajat Kepada Allah

Munajat ialah dialog antara hamba dan tuhannya. Bererti orang yang benar-benar tahu menghargai waktu dan ruang yang Allah berikan adalah orang yang memperuntukkan masanya untuk berdialog dengan Allah.

Munajat boleh dilakukan pada waktu sepertiga malam, setelah melakukan solat-solat sunat dan zikir. Saat itulah, kita boleh berdoa dan meluah segala rasa kepada Allah dalam suasana yang sunyi dan tenang.

Baca juga: Kisah Ajaib Tentang Zikir Ini

#2- Waktu Untuk Bermuhasabah

Muhasabah pula adalah tempoh keadaan di mana seseorang melakukan refleksi terhadap dirinya sendiri – apa yang telah dilakukan, apa yang masih boleh diperbaiki dan apa pula yang ingin dilakukan pada masa akan datang.

Malah ulama juga menekankan bahawa proses muhasabah atau menilai diri sendiri ini perlu dilakukan untuk aspek yang berbeza-beza. Pertama, seseorang itu perlu bermuhasabah dalam perkara yang wajib dan haram – adakah sudah dipelihara. Seterusnya, bermuhasabah terhadap perkara yang melalaikan atau tidak. Bagi anggota badan – seseorang itu perlu bermuhasabah ke mana ia digunakan, dan yang terakhir adalah dalam urusan niat – adakah niatnya sentiasa dijaga untuk Allah semata-mata.

Baca juga: Aspek-aspek Muhasabah

#3- Saat Bertemu Dengan Rakan-Rakan Yang Soleh

Rakan boleh menjadi orang yang menarik kita ke taman syurga atau ke jurang neraka kelak. Rasulullah SAW menyebutkan bahawa sahabat yang soleh juga boleh memberi syafaat kepada temannya kelak. Orang yang tahu tentang kelebihan ini akan memelihara masa saat bersama temannnya.

Kelak, sahabat yang soleh akan merayu kepada Allah supaya teman yang pernah sama-sama melakukan kebaikan ketika di dunia dapat dikeluarkan daripada neraka. (HR. Bukhari dan Muslim)

Baca juga: Teman Yang Baik Mampu Memberi Syafaat Di Akhirat

#4- Saat Menikmati Nikmat Yang Halal

Nikmat yang halal ini adalah apa sahaja yang dikategorikan halal dalam Islam, sama ada makanan, harta, tempat tinggal dan juga pasangan.

Biasanya sukar untuk kita menghargainya sesuatu yang masih berada dalam genggaman. Oleh kerana kita terbiasa dengan kewujudannya maka segalanya terasa biasa. Saat inilah saat yang paling perlu kita bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Bayangkan jika kita diuji dengan kehilangan harta benda, rumah terbakar, kereta rosak atau pasangan ditakdirkan berpisah dengan kita kerana perceraian atau kematian, maka saat itu baru kita benar-benar tahu erti menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah.

Bayangkan jika kita diuji dengan kehilangan harta benda, rumah terbakar, kereta rosak atau ditakdirkan berpisah dengan rakan kerana faktor perceraian atau kematian, maka saat itu baru kita benar-benar tahu erti menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah.

Baca juga: Bersyukurlah Dengan Nikmat Dari Tuhanmu

Kesimpulan

Masa adalah suatu yang rahsia, yang kadang-kadang tidak kita fahami tentang hakikat kewujudannya. Malah masih banyak lagi kajian yang dilakukan tentang masa. Allah bersumpah dengan masa dalam Al-Quran bagi menunjukkan besarnya peranan waktu dalam hidup seorang manusia dan yang paling penting adalah bagaimana untuk menghargainya.




No comments:

Powered by Blogger.