Ads Top

Rakam Video Cekik Ayam Sampai Kejung Kaki, NGO Gesa Cari Pelaku

Kekejaman terhadap haiwan pada masa kini bagaikan sudah menjadi trend dalam kalangan manusia apabila mereka ini sering menyeksa haiwan tanpa motif.

Perbuatan itu bagaikan tidak mempunyai rasa ihsan dan simpati terhadap haiwan. Apa yang lebih menyedihkan, perbuatan tersebut dirakamkan dan kemudiannya dimuat naik di dalam laman sosial bagi menarik perhatian netizen.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang menunjukkan tindakan seorang lelaki mencekik seekor ayam dengan tujuan bergurau dengan rakan-rakannya.

Rakaman yang berdurasi 13 saat itu memaparkan seorang lelaki lengkap berkopiah mencekik seekor ayam sehingga  kejang kaki.

Perbuatan lelaki tersebut membuktikan bahawa masih ramai warga Malaysia yang tidak sedar akan kesalahan jenayah terhadap haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Oleh yang demikian, lelaki tersebut boleh dihukum atas perbuatannya walaupun hanya terhadap seekor haiwan. Jika disabitkan dengan kesalahan, lelaki tersebut boleh dikenakan hukuman denda minimum sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun.

Walau bagaimanapun, pihak Animal Malaysia telah menggesa pihak terlibat seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk melakukan siasatan dan memastikan pelaku tersebut menerima hukuman yang setimpal dengan perlakuannya.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association




No comments:

Powered by Blogger.