Ads Top

Ruhainies Akui Ibunya Tidak Izin Dirinya Langkah Bendul

Pelakon Ruhainies atau nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tidak pernah menyembunyikan kisah hatinya yang telah dimiliki seorang jejaka Melayu yang menetap di London dikenali sebagai Mr E.

Bercerita lebih lanjut tentang membawa hubungannya ke fasa seterusnya, pelakon berusia 27 tahun itu berkata, dia mungkin tidak akan berkahwin dalam masa terdekat kerana ibunya tidak ‘membenarkannya’ langkah bendul kakaknya, pelakon Risteena Munim.

“Harap doakan yang baik-baik buat kami berdua, tetapi buat masa ini tiada perancangan untuk berkahwin lagi.

“Saya nak bagi kakak kahwin dahulu walaupun dia pernah cakap tak kisah kalau saya kahwin lebih awal. Cuma ibu saya memang ambil kisah pasal perkara sebegitu,” katanya.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Raya Astro, Sempurna Seadanya di Hotel Majestic, Kuala Lumpur semalam.

Bercerita lebih lanjut mengenai tindakannya yang enggan menayangkan wajah teman lelaki di laman sosial miliknya, Ruhainies menyatakan dia mempunyai sebab sendiri.

“Sudah tentu saya akan dedahkan wajah dia bila dah sah jadi suami saya. Buat masa ini, saya tak dedahkan kerana tidak mahu nanti ada mulut-mulut jahat berkata buruk pasal kekasih saya.

“Lebih baik saya tutup muka dia jadi tiadalah orang nak cakap buruk pasal dia sebab mereka tidak tahu siapa dia.

“Lepas dah kahwin nantu orang nak cakap buruk pasal dia, saya tak boleh nak buat apalah, mulut orang kita tak boleh nak tutup,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Ruhainies Akui Ibunya Tidak Izin Dirinya Langkah Bendul appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.