Ads Top

Solehah Atau Tak Seorang Isteri, Bergantung Kepada Suaminya

Nak bentuk isteri solehah, suami dulu yang kena berlatih jadi suami soleh. Sebab isteri ini hatinya cukup lembut, kalau hari-hari tengok cara suami yang disiplin bab menjaga solat, rajin alunkan ayat-ayat suci al-Quran, in shaa Allah perlahan-lahan seorang isteri akan berubah menjadi perempuan yang diidamkan suami soleh.

Bak kata saudara Firdaus Shakirin, isteri tak akan rasa terbeban bila suaminya bukan ekadar mengarah tetapi dia sendiri juga bertindak. Maka nak berubah ke arah yang lebih baik itu akan datang dari lubuk hati dengan seikhlas hatinya. Tanpa paksaaan!

Bentuk Isteri Solehah Tak Susah!

“Solehah atau tak seorang isteri itu bergantung kepada…”

Ada wanita yang mudah menjadi isteri yang solehah apabila mendapat suami yang memahami dan bertolak ansur dalam kehidupan dan urusan rumahtangga.

Isteri tidak terkorban kerana suaminya juga turut sama-sama berkorban. Suami melengkapi kekurangan isteri dan isteri melengkapi kekurangan suami dengan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

Ada pula yang sukar menjadi isteri yang solehah apabila suami tidak mahu memahami dan tidak mahu mengalah apabila mengalami masalah dalam kehidupan dan urusan harian rumahtangga mereka.

SUami Sendiri Tak Nak Mengalah, Cuma Tahu Kritik

Isteri sudah banyak berkorban tetapi dimata suami, tetap nampak kekurangan isteri, kelemahan isteri. Suami tidak mahu bertolak ansur, sering dan selalu menyerahkan segala urusan kepada isteri, tidak membantu dalam urusan harian rumahtangga dan tidak menghargai pengorbanan isteri.

Itu menjadikan isteri rasa terbeban, rasa tidak ikhlas dan sukar untuk menjadi isteri yang solehah.

Maka,

“Terdidiknya seorang isteri itu apabila baiknya seorang suami, maka apabila baiknya seorang suami itu, baik jugalah isterinya.”

Semoga bermanfaat.

The post Solehah Atau Tak Seorang Isteri, Bergantung Kepada Suaminya appeared first on Mingguan Wanita.




No comments:

Powered by Blogger.