Ads Top

Perumpamaan Dunia Yang Disebutkan Oleh Imam Al-Ghazali

Bermacam-macam perumpamaan telah diberi tentang kehidupan dunia. Imam Al-Qurtubi pernah berkata bahawa hal dunia yang akan dibawa ke dalam kubur hanyalah kain kafan. Segala hal lain akan ditinggalkan.

Imam Al-Ghazali pula berkata bahawa kehidupan dunia seperti ketika seorang lelaki berada di dalam hutan. Apabila dia memandang ke belakang, ada harimau yang mengejarnya. Lalu dia berlari dan terjatuh ke dalam lubang. Dia sempat berpaut pada tali yang ada di situ. Di bawah ada ular yang menunggu. Di atas pula ada harimau.

Pada tali tersebut pula ada tikus hitam dan putih yang menggigit. Tiba-tiba lelaki tersebut melihat ada sarang lebah yang tergantung – dia mengambil secalit madu lalu menghisapnya – dan kerana rasa madu yang manis, dia lalu terlupa segala bahaya yang ada.

Imam Ghazali berkata, harimau ibarat kematian yang sentiasa mengejar. Ular ibarat kubur yang sesiapa sahaja akan terjatuh ke dalamnya. Tali tersebut ialah kehidupan. Tikus hitam dan putih ibarat malam dan siang yang silih berganti. Dan akhirnya madu tersebut ibarat dunia yang memperdayakan.




No comments:

Powered by Blogger.