Diserikan Dengan Kehadiran Artis Ternama Antaranya CTDK, Jangan Lupa Saksikan EDMA 2018 Live Di FB ERA Dan Siakap Keli Jumaat Ini
Mendengar muzik adalah satu kemestian dan kami pasti anda juga adalah penggemar muzik. Tidak kisahlah genre muzik yang anda minati, asalkan ia memberi ketenangan itu sudah cukup baik. Antara stesen radio tempatan yang terbaik dalam menyajikan muzik segar dan terkini adalah radio ERA.
Pelbagai segmen menarik yang dikendalikan oleh seleberiti-seleberiti tempatan serta penyampai radio berbakat besar, antara Johan Raja Lawak, ERA sekali lagi tampil menyediakan kandungan hiburan berkualiti tinggi melalui penganjuran ERA Digital Music Awards (EDMA) 2018.
EDMA 2018 mengambil tempat pada 29 Januari ini susulan kejayaan dua siri sebelumnya iaitu EDMA 2016 dan EDMA 2017 yang mendapat sambutan hangat daripada pengikut seni muzik tanah air.
Apakah yang dimaksudkan dengan EDMA? Ia merupakan anugerah digital yang dikendalikan oleh jenama radio Melayu No. 1 Malaysia iaitu ERA sejak tiga tahun lalu. Kewujudan EDMA bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada artis-artis tempatan.
Seiring dengan perkembangan dalam industri hiburan tempatan, EDMA 2018 turut akan memberi pengiktirafan kepada artis-artis viral di media sosial yang kita sudah sedia maklum di mana mereka turut memiliki kelompok peminat yang tersendiri.
Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan dengan 6 pemenang daripadanya dikira berdasarkan undian daripada peminat-peminat. Ketujuh-tujuh kategori tersebut dengan 5 finalis setiap kategori adalah:
1. Lagu Paling Viral
• Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
• Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Anta Permana
• Sufian Suhaimi – Dimatamu
• Hael Husaini – Hajat
• Faizal Tahir – Ragaman
2. Penyanyi Kolaborasi Terbaik
• Haqiem Rusli dan Aman RA – Jatuh Bangun
• Syamel dan Ernie Zakri – Aku Cinta
• Tajul dan Wany Hasrita – Rindu Dalam Benci
• Ryan Deedat dan Sandra – Salimah
• Floor 88 dan Baby Shima – Roadblock Hatiku
3. Muzik Video Paling Lit
• Andi Bernadee – Satu Peluang
• Zizan Razak – Kau Takkan Tahu
• Floor 88 – Roadblock Hatiku
• Ismail Izzani – Bidadari
• Sarah Suhairi – Nyawa Raga
4. Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
• Khai Bahar
• Kucaimars
• As’ad Motawh
• Hael Husaini
• Sarah Suhairi
5. Temubual Terbaik Carta ERA
• Haqiem Rusli
• Wany Hasrita
• Ara Johari
• Sarah Suhairi
• Sufian Suhaimi
6. Penyanyi Pilihan DEEJA
• Ariff Bahran
• Ayda Jebat
• Ismail Izzani
• Faizal Tahir
• Syamel
7. Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 (Nota: Kategori ini tidak dibuka untuk undian)
Dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Nabil Ahmad, EDMA 2018 turut diserikan dengan penampilan artis terkenal tanah air antaranya Ben Laden, IsmaiL Izzani, Haqiem Rusli, Akim & Majistret, One Avenue, Alif Star, Ara Johari, Masha Mashita dan penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Lebih menarik, program hebat ini turut menerima penajaan daripada Deeja Cosmetic selaku penaja utama.
Deeja Cosmetic hadir dengan set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic yang dirumus daripada ekstrak bahan semula jadi berkualiti tinggi sekaligus dapat membantu si pemakai untuk mendapatkan kulit yang licin, cerah, gebu dan berseri-seri.
Istimewanya, produk Deeja Cosmetic juga amat sesuai untuk diamalkan oleh golongan wanita dan juga lelaki. Set 5 dalam 1 Deeja Cosmetic terdiri daripada pembersih muka, toner nano, krim siang. Krim malam dan krim nano.
Anda boleh mengikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Deeja Cosmetic HQ untuk maklumat lanjut.
Jangan lupa ya, untuk saksikan SIARAN LANGSUNG EDMA 2018 di Facebook ERA (Malaysia) dan SIAKAP KELI pada 25 JANUARI ini tepat jam 9 MALAM.
No comments: