“Kenapa Saya Nak Rancang Macam Itu?” – Bella Astillah Terkejut, Tepis Dakwaan Tuduhan Perangkap Suami
Pelakon popular, Bella Astillah menepis segala dakwaan yang mengatakan dia telah memerangkap suaminya, Aliff Aziz berkenaan isu tangkapan khalwat dengan Ruhainies.
Menerusi temubual bersama Melodi yang disiarkan semalam, Bella mengakui dia sendiri terkejut dengan dakwaan berkenaan memandangkan hubungannya dengan Ruhainies adalah baik.
“Kenapa saya nak rancang macam itu? Saya sendiri pun terkejut. Semua tahu saya baik dengan pelakon wanita terbabit (Ruhainies).
“Sebenarnya boleh periksa dekat pihak Jawi. Sekarang ini saya fokus untuk ‘move on’ saja,” katanya.
Namun begitu, Bella memaklumkan ada individu yang pernah menghubunginya sebelum ini berkenaan isu tangkapan khalwat berkenaan.
Jelasnya, individu tersebut memang sudah lama mahu menghubungi dirinya serta ingin membantu menyampaikan maklumat berkaitan suaminya itu.
“Saya dah berjumpa dan ambil nombor telefon dia. Dia sudah lama nak cari dan hubungi saya, tapi saya yang tak berkesempatan sebab terlalu sibuk,” jelasnya.
Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan laporan tangkap khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota. – KopiPlanet.com
The post “Kenapa Saya Nak Rancang Macam Itu?” – Bella Astillah Terkejut, Tepis Dakwaan Tuduhan Perangkap Suami appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: