Ads Top

Munawwareen Lancar 21 Rekaan Pakaian Muslimah Beridentitikan Fesyen Islamik Dengan Tema ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’

Bertemakan ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’, jenama fesyen Muslimah tempatan yang semakin dikenali ramai, Munawwareen menganjurkan pertunjukan fesyen buat julung-julung kalinya selepas dunia dilanda pandemik Covid-19 selama hampir dua tahun.

Pada pertunjukkan tersebut, sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 pakaian dipentaskan dan kesemua rekaan adalah koleksi Munawwareen yang akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023.

Pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn. Bhd., Datin Hajah Aliza Abu Bakar berkata, tujuan pertunjukan fesyen itu adalah bagi meraikan perjalanan baharu Munawwareen kepada semua.

“Walaupun telah dua tahun beroperasi, tetapi akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia, banyak perkara terpaksa ditangguhkan. Selepas membuat penstrukturan semula, in adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kembali perancangan yang telah dibuat.

“Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, biarpun perjalanan Munawwareen ini tertangguh sementara, saya yakin perancangan yang dikemaskini ini adalah lebih baik,” ujarnya.

Jelas beliau, kesemua pakaian yang dipersembahkan melambangkan transisi baharu Munawwareen untuk tempoh enam bulan akan datang.

Ujarnya, Koleksi pakaian wanita (Hawa) terdiri daripada telekung, jubah, abaya dan kelengkapan solat, manakala koleksi pakaian lelaki (Rijal) menampilkan jubah dan kurta.

Mengutamakan pakaian patuh Syariah, Aliza berkata, asas setiap rekaan Munawwareen adalah memelihara aurat wanita dengan sempuma dan variasi pakaian jenama berkenaan direka dengan potongan longgar dengan pemilhan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan pemakai.

“Terdapat banyak pakaian Muslimah yang dipasarkan tetapi konsep ‘muslimah sejati’ itu tidak sepenuhnya dipraktikkan. Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah.

“Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak bertesyen meskipun menutup aurat dengan sempurna. Jadi Munawwareen ingin menjadi sebahagian daripada gerakan fesyen Islamik yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan segar serta mengikut arus semasa tapa mengetepikan kewajipan memelihara aurat,” jelasnya.

Pertunjukan fesyen tersebut dipecahkan kepada empat segmen; Hawa 1 (koleksi telekung), Hawa 2 (koleksi jubah dan abaya), Rijal (jubah dan kurta lelaki) dan Hawa 3 (koleksi jubah dan dres eksklusif).

Selain itu, lilitan tudung koleksi Munawwareen turut diserikan dengan aksesori pin dan kerongsang serta butang baju Melayu berasaskan kristal tulen Austria tajaan Wirdora.

Pada pertunjukan fesyen it, Munawwareen turut melancarkan lagu rasmi jenamanya berjudul ‘Munawwareen’ yang didendangkan oleh pemenang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23), Ernie Zakri.

Ernie muncul dalam persalinan eksklusif rekaan Munawwareen dan menyampaikan lagu ciptaan sepenuhnya
Hafiz Hamidun secara langsung buat kali pertama.

Kemuncaknya apabila aktres dan supermodel prolifik tanah air, Nasha Aziz melangkah anggun di pentas peragaan dibaluti dres juba berona hijau zamrud sebagai pelengkap pertunjukan fesyen itu.

Koleksi yang dipentaskan telah mula dipasarkan dan boleh didapati di laman web rasmi www.munawwareen.com.my atau Shopee Munawwareen, Munawwareen HQ.

Menjelang pertengahan Oktober 2022, orang ramai juga boleh membuat pembelian di butik Munawwareen yang akan membuka pintu secara rasmi di Putrajaya. – KopiPlanet.com

The post Munawwareen Lancar 21 Rekaan Pakaian Muslimah Beridentitikan Fesyen Islamik Dengan Tema ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.