Ads Top

Roy Kapilla Jadi Peserta Pertama Tersingkir GV9, Tomok Cipta Kejutan Muncul Juara Minggu Kedua

Saingan minggu kedua saingan Gegar Vaganza 9 (GV9) menyaksikan penyanyi Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang tersingkir.

Mempersembahkan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati, ternyata Roy gagal untuk memikat hati ketiga-tiga hati juri tetap dengan sekadar mendapat markah 53.20 peratus.

Sementara itu, Tomok yang menyanyikan lagu kumpulan Exist iaitu Janji Padamu pula muncul juara minggu kedua dengan markah 80 peratus.

Mengekori rapat di tangga kedua pula ialah penyanyi kelahiran Singapura, Hazrul Nizam yang menyanyikan lagu Untukmu Ibu, manakala Shila Amzah pula berada di tangga ketiga menerusi persembahan lagu Getaran Cinta Di Jiwa.

GV9 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala tiada juri jemputan untuk minggu kedua. – KopiPlanet.com

*Senarai Lagu Minggu Ketiga (Lagu Pilihan Netizen) & Jumlah Markah

  1. Hukum Karma – Tomok (80.00 peratus)
  2. Fatwa Pujangga – Hazrul Nizam (79.80 peratus)
  3. Secangkir Madu Merah – Shila Amzah (78.90 peratus)
  4. Dari Sinar Mata – VE (74.50 peratus)
  5. Perawan Atau Janda – Jaclyn Victor (74.40 peratus)
  6. Cinta Gila – Pat Candy (69.30 peratus)
  7. Zalikha – Bob Yusof (64.50 peratus)
  8. Laksmana Raja Di Laut – Dina Nadzir (61.40 peratus)
  9. Yang Penting Hepi – Asheed Def Gab C (60.60 peratus)
  10. Goyang Inul – Tom (59.90 peratus)
  11. Gadis Melayu – Fuad Rahman (57.90 peratus)
  12. Nang – Haida Hasnan (57.80 peratus)
  13. Roy Kapilla – TERSINGKIR (53.20 peratus)

The post Roy Kapilla Jadi Peserta Pertama Tersingkir GV9, Tomok Cipta Kejutan Muncul Juara Minggu Kedua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.