Ads Top

Dilabel Karya ‘Infinity Shit’… Penerbit Filem Gadis Jolobu The Movie Mahu Ambil Tindakan Saman Terhadap YouTuber

Penerbit filem Gadis Jolobu, Zebra Studios mahu mengambil tindakan saman terhadap seorang YouTuber yang melabelkan filem berkenaan sebagai ‘infinity shit.’

Pengasas bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi berkata, pihaknya sudah pun berbincang dengan peguam berhubung perkara berkenaan.

“Sepatutnya sebarang kritikan diberikan harus guna bahasa yang sesuai mengikut etika agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutama sekali penerbit yang telah keluar bajet berjuta-juta untuk menghasilkan sesebuah karya.

“Sebagai penerbit baharu, saya tidak terasa disebabkan mempunyai sokongan kuat. Cuma, saya agak risau kepada penerbit baharu yang mungkin tiada sokongan seperti saya,” jelasnya.

Saraleana berkata, tindakan YouTuber berkenaan juga sedikit sebanyak akan membuatkan semangat pengkarya akan luntur.

“Saya yakin sudah tentu ada yang luntur semangat apabila filem menjadi mangsa kritikan sebegini. Adakah YouTuber ini layak memberi kritikan filem dengan bahasa yang langsung tidak beradab seperti ini?

“Pada saya tindakannya salah kerana apa yang dinyatakan itu adalah fitnah. Kalau nak kritik biarlah ada ilmu filem, bukan berdasarkan serangan peribadi,” luahnya.

Saraleana bersama Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah dan kerabat diraja pada tayangan filem Gadis Jolobu di
GSC Pall Mall, Seremban, kelmarin.

Dalam pada itu, dia berasa optimis terhadap filem berkenaan selepas menerima komen positif daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang mencemar duli menghadiri tayangan filem Gadis Jolobu bersama barisan pelakon di GSC Pall Mall, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Memang kelakar ulasan YouTuber ini, sedangkan kami tidak menerima komen negatif daripada Tuanku Muhriz dan kerabat diraja lain. Malah, majlis tayangan turut dihadiri ratusan penonton dari Negeri Sembilan. Selepas menonton, tidak pula saya menerima komen filem Gadis Jolobu membawa imej buruk, mengandungi adegan lucah dan sebagainya.

“Lagipun anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Zain Al Abidin memberitahu filem ini berbeza, mempunyai arah tuju dan tidak menyimpang elemen adat pepatih dan keunikan budaya Minangkabau. Kalau Tuanku Muhriz dan Tunku Zain berpandangan sedemikian, jadi, kenapa saya nak ambil hati dengan komen tidak membina dari YouTuber itu,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Dilabel Karya ‘Infinity Shit’… Penerbit Filem Gadis Jolobu The Movie Mahu Ambil Tindakan Saman Terhadap YouTuber appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.