Ads Top

Didakwa Bakal Muflis Sebab Tak Bayar Hutang RM720,000, Mawar Karim Dedah Ada Individu Mahu Malukan Dirinya

Usahawan tudung terkenal, Mawar Karim mendedahkan ada individu yang dikatakan mahu memalukan dirinya serta membuat fitnah.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Mawar menerusi perkongsian di IG Story miliknya dengan mendedahkan individu berkenaan dikenali dengan nama ‘S’.

“Wahai S tak habis-habis lagi create cerita fitnah pasal saya. Last year pasal SJR, cukup setahun pasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrap pulak dah.

“Nak bagu saya malu 1 Malaysia, jangan one day terbalik pulak ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” luahnya.

Semalam, menerusi laporan sebuah portal menyatakan bekas isteri kepada Fizo Omar itu berdepan risiko muflis apabila lari daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.

Dia dikatakan telah meminjam wang daripada seorang kenalannya iaitu Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Menerusi perjanjian bertulis yang dibuat kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman tersebut secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co berkata, selepas lebih 10 bulan, Mawar masih gagal untuk melangsaikan hutangnya. – KopiPlanet.com

The post Didakwa Bakal Muflis Sebab Tak Bayar Hutang RM720,000, Mawar Karim Dedah Ada Individu Mahu Malukan Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.