Ads Top

Erra Fazira Akui Aleesya Gembira Dapat Adik Baharu, Selalu Puji Jebat Jayden

Pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira akui anaknya, Aleesya gembira apabila mendapat adik baharu setelah bekas suaminya, Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada minggu lalu.

“Apa yang saya tahu Aleesya memang sangat gembira. Kegembiraannya itu lebih kepada mendapat adik baharu. Dia sayang sangat dekat Jayden (Jebat).

“Saya selalu nasihat dia untuk jadi kakak yang baik. Sebab selama ini pun dia seorang. Dia pun selalu puji Jayden seorang yang smart boy. Dia memang sayang sangat dengan adiknya,” ujarnya.

Erra berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran pelitup muka jenama Himaya yang berlangsung pada hari ini.

Sebelum ini, Erra dan Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aleesya yang kini sudah berusia 11 tahun.

Ujarnya, sebagai seorang ibu dia sememangya mahu Aleesya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang termasuk ibu tiri.

Sementara itu, berkenaan dengan jodoh setelah mendirikan bekas suami berkahwin, Erra menyatakan dia tidak kisah untuk bertemu jodoh pada masa akan datang.

“Kalau muda-muda dulu memang banyak kriteria lelaki pilihan, tetapi sekarang ini saya mahu seorang lelaki yang bertanggungjawab serta ada keserasian dan itu sudah mencukupi,”
jelasnya.

Kali terakhir Erra mempunyai hubungan istimewa dengan Shahir AF, namun kini hubungan berkenaan sudah berakhir. – KopiPlanet.com

The post Erra Fazira Akui Aleesya Gembira Dapat Adik Baharu, Selalu Puji Jebat Jayden appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.