(Video) Mungkin Sebab Geram, Lelaki Terus Ditampar Anggota Polis Selepas Terselamat Dari Digilis Kereta Api
Mendebarkan, seorang lelaki nyaris dilanggar oleh kereta api dalam satu kejadian dipercayai berlaku di India.
Kejadian yang berjaya dirakam CCTV itu menyaksikan lelaki tersebut melintasi trek di stesen kereta api Dahisar di Mumbai, India pada 1 Januari lalu.
Lelaki berusia 60 tahun itu memanjat pagar yang memisahkan dua trek sebelum berlari ke pelantar sementara kereta api semakin menghampiri.
Kasutnya dilihat seperti tersangkut pada rel namun selepas itu dia berjaya mendapatkan kasutnya kembali dan cuba melintas untuk kali kedua.
Ketika itu, kereta api sudah semakin hampir namun nasibnya baik apabila diselamatkan oleh seorang pegawai polis tempatan.
Pegawai polis itu dilihat berlari dan cuba menarik lelaki itu beberapa saat sebelum kereta api memasuki platform.
Mungkin disebabkan geram dan marah, pegawai polis itu juga memukul kepala lelaki itu yang nampaknya membuat keputusan kurang bijak dengan menyeberangi trek kereta api itu.
Sumber: Daily Mail
The post (Video) Mungkin Sebab Geram, Lelaki Terus Ditampar Anggota Polis Selepas Terselamat Dari Digilis Kereta Api appeared first on Siakap Keli.
No comments: