Ads Top

Tiga Tingkatan Cinta Yang Dibahaskan Dalam Ilmu Sufisme

Cinta boleh dimaksudkan sebagai salah satu emosi yang muncul daripada kasih sayang yang kuat ke atas sesuatu.

Kehidupan manusia tidak boleh lari dari cinta dan kasih sayang kerana dengan perasaan inilah jiwa manusia boleh tumbuh menjadi sebuah jiwa yang menyukai kedamaian dan keharmonian.

Satu perkara yang pasti adalah dengan perasaan cinta sebenarnya boleh menjadikan manusia seorang yang positif.

Cinta itu bukan sahaja wujud kepada sesama manusia, namun cinta manusia kepada Allah, cinta manusia kepada Rasul dan agamanya serta cinta kepada sesama makhluk.

Setiap dari kita pasti mempunyai definisi tersendiri mengenai cinta. Namun, entri kali ini akan memperlihatkan apa definisi cinta melalui pandangan para sufi.

Menurut Maulana Rumi, yang merupakan seorang tokoh hebat dalam bidang tasawuf Islam menyebut bahawa tingkatan cinta ada tiga. Ia adalah:

#1 – Cinta Kerana Pemberian

Cinta ini berada pada tingkatan yang paling rendah kerana seseorang itu hanya mencintai berdasarkan pemberian yang diberikan.

Ia diibaratkan seperti anak kecil yang patuh kepada orang tuanya atau golongan dewasa hanya apabila diberi hadiah. Namun, jika sudah tiada hadiah atau barang tersebut tidak dapat digunakan lagi, cinta tersebut boleh hilang dalam sekelip mata.

Begitulah kepada cinta terhadap seseorang berdasarkan ketampanan, kecantikan, kekayaan atau perhatian yang diberikan. Jika hilang perkara tersebut, cinta yang ada juga cenderung boleh hilang.

#2 – Cinta Atas Dasar Kekaguman

Manusia cenderung untuk mencintai suatu perkara berdasarkan kehebatan dan peribadi yang ditonjolkan.

Sebagaimana cinta manusia kepada Allah kerana Allah memiliki sifat yang Maha Hebat seperti Maha Penyayang, Maha Pengampun dan banyak lagi.

#3 – Cinta Tanpa Alasan

Jika seseorang ditanya mengapa jatuh cinta kepada ibu bapa anda? Pasti tiada alasan yang kuat untuk diberi, bukan? Kerana mereka adalah insan pertama yang anda kenal atau mungkin juga kerana merekalah insan yang mula mengajar anda mengenai kasih-sayang.

Begitulah juga jika ditanya mengapa anda mencintai Allah. Pasti sukar untuk menjawabnya. Anda tidak boleh melihat wajahNya tetapi anda hanya boleh mengenali sifatNya melalui nama-nama Allah yang dipelajari.

Begitulah besarnya cinta para sufi kepada Allah kerana mereka menganggap bahawa ia adalah cinta yang suci dan tulus hanya kepadaNya.

Kesimpulan

Bagi para sufi, cinta merupakan puncak kepada rohani dan dalam perjalanan menuju Allah. Dengan mencintai Allah, manusia sedang belajar mencintai diri sendiri dan mengenali alam ini melalui pandangan yang lebih luas.

Justeru, anda yang sedang bercinta, di manakah tingkatan cinta anda sekarang?

The post Tiga Tingkatan Cinta Yang Dibahaskan Dalam Ilmu Sufisme first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.