Ads Top

3 Nasihat Buat Anda Yang Belum Menemui Jodoh

Jodoh itu bukan soal siapa cepat atau siapa lambat, tetapi ia adalah urusan hati dan masa depan yang perlu dijalani secara berhati-hati.

Ada pasangan yang saling bercinta, kemudian Allah permudahkan urusan mereka untuk melangsungkan rumah tangga. Ada pula yang bercinta selama 5 tahun, kemudian hubungan terkandas di tengah jalan dan ada juga yang tidak pernah masuk ke alam percintaan.

Semuanya adalah kehendak tuhan. Dengan siapa kita berjodoh, ia adalah rahsia tuhan. Namun, sebagai hamba Allah yang mempercayai akan qada dan qadar, kesabaran dan usaha amatlah penting.

Jika anda belum bertemu jodoh, jangan tertekan dengan desakan atau pertanyaan orang sekeliling. Jangan juga tergesa-gesa untuk berkahwin apabila melihat orang lain berkahwin.

Ada hikmah sama ada jodoh anda datang cepat atau lambat. Menanti jodoh diibaratkan seperti menanti ajal dan maut. Kita tidak pernah tahu bila masanya kerana semuanya adalah dalam rahsia Allah.

Jadi, buat anda yang belum bertemu jodoh, ini adalah nasihat untuk anda;

#1 – Luruskan niat

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ

Mafhum: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.” (Surah An-Nur, 24:32)

#2 – Sukar mendapat jodoh merupakan masalah. Jadi, Allah sentiasa membantu hambaNya akan setiap jalan keluar daripada masalah tersebut

 وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا 

Mahum: “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan menggandakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).” (Surah At-Talaq, 65:2)

#3 – Berdoalah dan lakukan istikharah

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ

Mafhum: “Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri.” (Surah Al-An’am, 6:2)

Justeru, berdoalah kepada Allah agar suatu masa kelak, anda akan menemui jodoh yang baik dan taat kepada Allah.

Wallahu a’alam

The post 3 Nasihat Buat Anda Yang Belum Menemui Jodoh first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.