Ads Top

Penggambaran Drama Lakonan Jisoo Blackpink Terpaksa Dihentikan Seketika

Penggambaran drama Snowdrop yang membabitkan lakonan anggota Blackpink iaitu Jisoo terpaksa dihentikan buat seketika sejak semalam.

Keadaan tersebut berlaku apabila salah seorang pelakon tambahan drama berkenaan dikatakan telah melakukan kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Selain itu, semua pelakon dan kru produski yang melakukan kontak dengan pelakon tambahan tersebut telah menjalani swab test.

“Kami ingin menjelaskan bahawa tiada kes positif Covid-19 yang menjangkiti pelakon dan kru Snowdrop, cuma ada pelakon tambahan yang melakukan kontak rapat dengan individu positif virus berkenaan.

“Namun begitu, kami menghentikan seketika penggambaran untuk mengelak penyebaran virus demi kebaikan semua pihak. Kini kami sedang menunggu hasil ujian yang dijalankan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit iaitu JTBC.

Selain Snowdrop, beberapa buah drama Korea juga menghentikan penggambaran kerana ancaman Covid-19. Misalnya, River Where The Moon Rises yang dibintangi Kim So Hyun dan Ji Soo mengangguhkan penggambaran sejak 19 November lalu. – KopiPlanet.com

The post Penggambaran Drama Lakonan Jisoo Blackpink Terpaksa Dihentikan Seketika appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.