Ads Top

Kenali 17 Waktu Yang Dianjurkan Zikir

Dari ‘Abdullah bin Busr RA bahawa ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam (amalan sunnah) itu amat banyak yang mesti kami jalankan. Maka mana yang mesti kami pegang (setelah menunaikan yang wajib, pen.)?”

Beliau menjawab, “Hendaklah lisanmu selalu basah dengan berdzikir kepada Allah (maksudnya: terus meneruslah berzikir kepada Allah, pen).(HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain – Syaikh Syuaib Al-Arnauth mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)

Zikir adalah perbuatan mengingati Allah dengan cara mengingati Allah dalam hati serta menyebut dengan lisan zikir dan juga doa-doa.

Setiap daripada kita sebagai umat Islam diseru untuk sentiasa berzikir kepada Allah setiap masa, dalam masa sama ada pula waktu-waktu khusus yang dianjurkan untuk berzikir. Berikut 17 waktu tersebut:

1. Zikir selepas solat.

2. Zikir pagi (selepas Subuh) dan petang (selepas Asar).

3. Zikir sebelum tidur dan dianjurkan berwuduk sebelumnya.

4. Zikir setelah bangun tidur.

5. Beristighfar pada waktu Sahur.

6. Zikir ketika makan, minum dan mengambil pakaian.

7. Zikir ketika bersin.

8. Zikir ketika melihat orang lain ditimpa musibah.

9. Zikir ketika masuk ke pasar atau tempat orang berjual-beli.

10. Zikir ketika mendengar suara ayam berkokok pada malam hari.

11. Zikir ketika mendengar petir.

12. Zikir ketika turun hujan.

13. Zikir ketika turun musibah.

14. Zikir ketika dalam perjalanan musafir.

15. Zikir ketika meminta perlindungan saat berasa marah.

16. Doa istikharah kepada Allah ketika memilih sesuatu yang belum jelas nampak kebaikannya.

17. Taubat dan istighfar atas dosa kecil dan besar.

Ibnu Rajab rahimahullah berkata, “siapa yang menjaga zikir pada waktu-waktu tadi, dialah yang disebut orang yang rajin berzikir kepada Allah pada setiap waktunya” (Lihat Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam 2/529)

Anda boleh sahaja berzikir dengan zikir-zikir tertentu mengikut kesesuaian waktu-waktu tersebut. Contohnya ketika menerima musibah, ucaplah ‘Innalillahi wa inna ilaihi roji’un’, apabila bersin, ucaplah Alhamdulillah, ketika hujan ucaplah ‘Allahumma soyyiban naafi’a’ dan begitulah seterusnya. Selain itu, anda juga boleh berzikir dengan zikir yang ringkas seperti Subhaallah, Alhamdulillah, Allahuakbar setiap kali ada ruang masa terluang.

Zikir adalah makanan bagi hati. Hati yang berzikir akan hidup dan tidak akan mati rasa. Ia akan jernih semula meskipun ada dosa-dosa kecil yang dilakukan. Wallahua’lam.

Rujukan:

  1. Rumaysho.com



Akhi, ukhti, yuk baca tulisan lengkapnya di Rumaysho:
https://rumaysho.com/25391-inilah-manfaat-dzikir-yang-luar-biasa-hadits-jamiul-ulum-wal-hikam-50.html

The post Kenali 17 Waktu Yang Dianjurkan Zikir first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.