Ads Top

Farah Nabilah Nafi Dakwaan Bakal Naik Pelamin Oktober Inii

Pelakon Farah Nabilah, 27, menafikan khabar angin yang mendakwa dia bakal menamatkan zaman bujang pada bulan Oktober ini.

Menurut Farah, dia terkejut apabila mendengar ada dakwaan mengatakan dia sudah mengedarkan kad jemputan perkahwinan.

“Saya sendiri terkejut dan hairan, mengapa ada pihak yang menyebarkan khabar tentang berita perkahwinan saya.

“Namun begitu, saya anggap ia sebagai satu perkara yang positif, khabar itu boleh menjadi doa agar saya bertemu jodoh dengan cepat, namun buat masa ini saya masih belum mengedarkan sebarang kad jemputan perkahwinan,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri Kau Yang Pertama di Taman Wahyu, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Farah, dia tidak akan sesekali merahsiakan majlis perkahwinannya bila sudah sampai seru untuknya mendirikan masjid.

“Saya tidak akan buat senyap-senyap (majlis perkahwinan) sebab ia tidak adil untuk pihak media dan peminat saya.

“Usia saya pun dah masuk 27 tahun memang ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga malah ibu saya pun dah tanya bila dia boleh timang cucu sebab saya merupakan anak sulung dalam keluarga,” katanya lagi.

Kau Yang Pertama merupakan gandingan terbaharu Farah bersama Fikry Ibrahim selepas keserasian mereka menerusi drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek mendapat respon positif peminat.

Drama Kau Yang Pertama yang diarahkan Harith Omar turut dibintangi Tasha Shilla, Amar Asyraf, Elly Mazlein dan Sheila Mambo. Drama 28 episod itu disiarkan menerusi slot Akasia, Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.