MonoloQue Keluar Single Baru, Peram ‘Langgar Lari’ Sejak 2006
Penyanyi MonoloQue kini tampil dengan single terbaharunya berjudul Langgar Lari yang sudah diperamnya sejak 13 tahun lalu.
Menurut MonoloQue, lagu yang sudah disimpan lama itu merupakan satu eksperimennya tentang penggayaan Bahasa Melayu dalam penulisan lirik selepas keajaiban album Selamat Tinggal Dunia yang merupakan album studio Butterfingers pada 2005.
“Rata-rata ramai generasi kini yang meminggirkan bahasa Melayu dan lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan seharian sekaligus menghakis identiti kita sebagai orang Malaysia kerana bahasa itu juga sebahagian dari jati diri.
“Langgar Lari menceritakan tentang perangai orang sekarang yang suka membuat hal tanpa rasa bersalah dan melanggar tanpa hirau akan adat serta tatasusila. Jika ini masyarakat kita, bagaimana kita mahu membangun Malaysia baru ke tahap minda dan budaya diangkat tinggi,” katanya yang baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang lagu tema terbaik, Atma Jiwa (lagu OST filem Buskers) di Festival Filem Malaysia ke-30.
Langgar Lari boleh dimuat turun menerusi semua aplikasi penstriman muzik bermula 22 Mei ini. – KopiPlanet.com
The post MonoloQue Keluar Single Baru, Peram ‘Langgar Lari’ Sejak 2006 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: