Ads Top

Wawa Zainal Dapat Mesej Individu Tak Dikenali, Ajak Jumpa & Lihat Aeril Zafrel Berbogel Di Bilik Hotel

Pelakon Wawa Zainal mendedahkan satu mesej daripada seorang individu tidak dikenali yang mendakwa kawan rapat kepada suaminya iaitu pelakon Aeril Zafrel.

Berkongsi di Instagram miliknya, itu menyatakan suaminya sedang berbogel di bilik sebuah hotel.

“Hi, saya Hialeah kawan rapat husband kamu dalam IG. Dia kahwin kamu dan membuat dengan pompuan lain.

“Semalam dia message saya dan tanya boleh tak kita membuat. Saya kata OK esok dekat hotel Melaka so kamu datang dekat jonker street saya jumpa kamu pastu kamu tengok husband kamu bogel dalam bilik hotel,” tulis mesej tersebut.

Bagaimanapun, Wawa hanya tergelak dengan mesej berkenaan dan menganggap ia satu mesej yang sangat melucukan.

“Macam yall la… serem betul ya zaman sekarang ni,” tulisnya ringkas.

Malah, Aeril Zafrel juga sempat menulis komen di posting berkenaan dan mengatakan tidak berbuat apa-apa.

“Kami cuma buat homework je. Tak ada buat apa-apa pun,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal

The post Wawa Zainal Dapat Mesej Individu Tak Dikenali, Ajak Jumpa & Lihat Aeril Zafrel Berbogel Di Bilik Hotel appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.