(Video) Doktor Terkejut Temui 190 Biji Magnet Dalam Perut Budak 5 Tahun, Rupanya Sudah Dua Bulan ‘Tertanam’ Dalam Perut
Perut seorang kanak-kanak berusia lima tahun di China terpaksa dibedah selepas dipercayai tertelan 190 biji manik ketika bermain, lapor Daily Mail.
Difahamkan, biji manik itu telah berada di dalam perut kanak-kanak tersebut selama dua bulan sebelum ibu bapanya mengetahui mengenai perkara berkenaan ketika membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.
Para doktor terkejut setelah mendapati terdapat biji-biji manik yang tersangkut di dalam badan kanak-kanak tersebut ketika melakukan imbasan X-ray.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut memaklumkan kepada doktor bahawa anaknya itu telah menelan 50 biji manik magnet, yang juga dikenali sebagai Buckyballs, ketika bermain dengan permainan itu pada dua bulan yang lalu.
Walaupun mengetahui bahawa anaknya itu telah menelan biji manik tersebut, ibu bapanya tidak memandang berat tentang perkara berkenaan kerana berfikiran bahawa biji-biji itu akan keluar ketika buang air besar, menurut laporan dari hospital.
Kanak-kanak itu dikatakan tidak menunjukkan rasa sakit atau apa-apa yang tidak selesa selama biji manik itu berada di dalam perutnya.
Kanak-kanak itu akhirnya dibawa ke hospital Jinan untuk diperiksa setelah ibunya menonton video di media sosial yang memberi amaran kepada ibu bapa mengenai bahaya kanak-kanak menelan manik mainan, kata pihak hospital.
Setelah para doktor mendapati bahawa terdapat biji manik yang berada di dalam perut kanak-kanak itu, mereka terus menjadualkan satu pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan biji manik berkenaan.
Sebanyak 190 biji manik magnet, hampir empat kali lebih banyak daripada yang didakwa oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dari badannya dalam operasi pembedahan yang memakan masa selama dua jam.
Kanak-kanak itu sangat bernasib baik kerana biji manik itu tidak memudaratkan organnya, kata doktor.
Kanak-kanak tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah keluar daripada hospital sejurus selepas pembedahan tersebut berjaya dilakukan.
Sumber: Daily Mail
The post (Video) Doktor Terkejut Temui 190 Biji Magnet Dalam Perut Budak 5 Tahun, Rupanya Sudah Dua Bulan ‘Tertanam’ Dalam Perut appeared first on Siakap Keli.
No comments: