Ads Top

Amitabh Bachchan Sudah Pulih Sepenuhnya Daripada Jangkitan Covid-19

Setelah menjalani rawatan selama tiga minggu, legenda Bollywood Amitabh Bachchan kini sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus Covid-19.

Bintang berusia 77 tahun itu sudah dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Mumbai sejak semalam setelah diuji negatif.

Biarpun sudah pulih, Amitabh akan terus menjalani kuarintin di rumah, manakala anaknya Abishek masih lagi menjalani rawatan.

“Saya sudah pulang ke rumah dan perlu mengasingkan diri dalam bilik saya,” tulis Amitabh di Instagram ketika mengumumkan hasil ujiannya yang negatif.

> Baca: Gigi Hadid Buktikan Zayn Malik Adalah Ayah Kepada Bayinya

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga, para peminat dan ‘jagaan serta rawatan sangat baik’ yang diterima di hospital.

Dalam pada itu, menantunya iaitu Aishwarya Rai dan cucunya sudah dibenarkan keluar dari hospital pada minggu lalu.

Setakat ini, lebih 1.7 juta penduduk dijangkiti Covid-19 di India dan menjadikannya antara jumlah tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat serta Brazil dan angka korban di negara Asia itu kini menjangkaui 37,000 kematian. – KopiPlanet.com

The post Amitabh Bachchan Sudah Pulih Sepenuhnya Daripada Jangkitan Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.