Ads Top

Penyanyi Lagu Januari, Glenn Fredly Disahkan Meninggal Dunia

Industri nyanyian kehilangan seorang insan seni apabila penyanyi yang popular menerusi lagu Januari, Glenn Fredly menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Perkara tersebut telah disahkan oleh salah seorang rakannya, penyanyi Tompi menerusi satu pesanan Whats App kepada Liputan6.com.

“Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini. Mhn dimaafkan semua salahnya. Dia yg selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.

Glenn Fredly disahkan meninggal dunia di RS Setia Mitra pada pukul 6.00 petang tadi, namun punca kematiannya belum diketahui setakat ini.

Penyanyi berkenaan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dangdut, Mutia Ayu pada Ogos 2019 dan telah dikurniakan cahaya mata pada Februari lalu. – KopiPlanet.com

The post Penyanyi Lagu Januari, Glenn Fredly Disahkan Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.