Ads Top

Indeks Jenayah Sepanjang PKP Di Seluruh Negara Turun 70% – Ismail Sabri

Indeks jenayah sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara menurun sebanyak 70%.

Perkata tersbeut diumumkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media Perkembangan PKP sebentar tadi.

Kata Ismail Sabri, laporan daripada PDRM ini sekaligus dapat menolak kebimbangan orang ramai berkaitan kes jenayah yang dikatakan akan meningkat sepanjang PKP.

”Jadi kepada rakyat kita yang sentiasa memberi komen di dalam media sosial menyatakan kebimbangan rumah mereka kosong, takut jenayah semakin meningkat dan sebagainya, statistik oleh pihak polis selama PKP dilaksanakan ini menunjukkan indeks jenayah menurun sebanyak 70%,” katanya.

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP

The post Indeks Jenayah Sepanjang PKP Di Seluruh Negara Turun 70% – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.