Ads Top

27 Kes COVID-19 Dari Sub-kluster Rembau, Dipercayai Bermula Dari Satu Mesyuarat Di SMK Pedas

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan, setakat hari ini, 27 orang telah dikenal pasti positif COVID-19 daripada sub-kluster Rembau, termasuk dua kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 didapati positif bagi beberapa guru di SMK Pedas.

“Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan yang telah dihadiri oleh kes indeks, iaitu kes ke-448 yang merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling.

“Guru-guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung sehingga terdapat tiga generasi jangkitan,” jelasnya dalam sidang media COVID-19 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tambah Noor Hisham, hasil siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: KKM

The post 27 Kes COVID-19 Dari Sub-kluster Rembau, Dipercayai Bermula Dari Satu Mesyuarat Di SMK Pedas appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.