(Video) “Saya Bertarung Untuk Diri Sendiri Dan Bayi Saya”, Luahan Ibu Hamil Yang Tenat Dijangkiti COVID-19
Jangkitan wabak COVID-19 nampaknya tidak mengenal siapa, sama ada anda seorang doktor, mahupun rakyat biasa.
Malah golongan ibu mengandung juga adalah sasaran yang paling berbahaya kerana ia melibatkan dua nyawa sekaligus.
Dan risiko itu kini sedang dihadapi oleh Karen Mannering, seorang wanita berumur 39 tahun yang sedang mengandungkan kandungan berusia 26 minggu.
Rakaman videonya itu dimuat naik semula melalui Twitter Now This baru-baru ini.
Karen dalam keadaan tenat dan sedih meluahkan bahawa dia sendiri tidak mengetahui bagaimana dia mendapat jangkitan.
Kini dia terpaksa terpisah dengan tiga anak dan suaminya di rumah tanpa boleh bersua lagi buat masa ini.
Mari hayati video penuh ini;
‘I’m fighting for me and my baby’ — This pregnant woman with COVID-19 shared a chilling message from her hospital bed pic.twitter.com/GesYdDTxF8
— NowThis (@nowthisnews) March 27, 2020
Pesan Karen, “Duduklah di rumah,”
Semoga kita terutamanya ibu-ibu mengandung terhindar dari jangkitan virus ini.
Ingat, dengan duduk di rumah, kita mampu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Kita mampu melakukannya.
Sumber: Twitter
The post (Video) “Saya Bertarung Untuk Diri Sendiri Dan Bayi Saya”, Luahan Ibu Hamil Yang Tenat Dijangkiti COVID-19 appeared first on Siakap Keli.
No comments: