Ads Top

(Video) COVID-19: Ada Pengumuman Penting Dari Perdana Menteri Malam Ini- Men. Kesihatan

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi memaklumkan bahawa ada satu pengumuman penting yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malam ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan sebagai respon kepada soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai keperluan untuk Malaysia melaksanakan lock down.

”Kita akan menunggu pengumuman oleh Perdana Menteri pada malam ini,” katanya.

Beliau turut berkata, pengumuman berkenaan akan dibuat kira-kira 9 malam nanti.

Terdahulu melalui sidang media yang sama, menteri kesihatan memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 125 kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 553 kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post (Video) COVID-19: Ada Pengumuman Penting Dari Perdana Menteri Malam Ini- Men. Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.