Ads Top

Umat Islam Diseru Melaksanakan Solat Hajat

Menurut sebuah kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengatakan seruan kepada semua umat Islam di Malaysia untuk menunaikan solat sunat hajat.

Seruan itu telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah. Solat hajat ini dilakukan untuk mendoakan kesejahteraan agar negara kita sembuh daripada wabak COVID-19 yang telah melanda negara kita sejak Januari lalu.

Solat hajat ini boleh dilakukan di kediaman masing-masing dan pada bila-bila masa kecuali pada waktu yang telah diharamkan solat seperti:

#1 – Selepas waktu solat Subuh sehingga terbit matahari
#2 – Ketika matahari tegak di atas kepada kecuali pada hari Jumaat
#3 – Selepas Asar
#4 – Sebelum maghrib sehingga terbenam matahari

Kenyataan media yang telah dikeluarkan pada malam tadi juga menggesa agar kita semua memperbanyakkan istighfar serta amalan-amalan lain seperti zikrulllah.

Oleh itu, sebagai umat Islam yang peka akan keadaan semasa, marilah kita sama-sama berdoa agar episod wabak yang melanda dunia hari ini boleh berakhir di samping mendoakan kekuatan para petugas utama yang telah bertungkus-lumus berjuang sehingga ke hari ini.

Sumber:
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)




No comments:

Powered by Blogger.