Ads Top

Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Diteruskan Seperti Biasa

Menurut kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baru dikeluarkan, solat Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk hari ini akan diteruskan seperti biasa. Hal ini telah menjawab tanda tanya yang berlegar sama ada perlu hadir menunaikan solat Jumaat atau tidak.

Justeru, antara garis panduan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

    • Khutbah dipendekkan
    • Orang ramai berwuduk di rumah
    • Mereka yang mempunyai simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana dikira sebagai orang yang sakit
    • Pihak masjid dan jemaah wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan
    • Elakkan bersalaman dengan jemaah yang hadir

Langkah ini diambil bagi membendung penyebaran wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.




No comments:

Powered by Blogger.