Ads Top

Solat Jumaat Dan Solat Berjemaah Ditangguhkan Bermula 17 Mac Sehingga 26 Mac 2020

Lanjutan daripada penularan wabak Covid-19 yang meningkat dari hari ke hari, kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah berkongsi beberapa pengumuman baru berkaitan aktiviti keagamaan di masjid dan surau.

Melalui mesyuarat dan perbincangan yang telah dilakukan, beberapa keputusan telah diambil, termasuk antaranya adalah:

  • Semua aktiviti di masjid dan surau ditangguhkan bermula 17 Mac 2020 hingga 26 Mac 2020 ini – termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah.
  • Jawatankuasa masjid dan surau disarankan membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan. Sekiranya berlaku kematian akibat Covid-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijankiti Virus Ebola di Malaysia. Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah. Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum diatas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.
  • Seperti biasa, pelaksanaan kedua-dua perkara ini turut tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.




    No comments:

    Powered by Blogger.