Ads Top

Penangguhan Solat Jemaah Di Masjid Dan Surau Dilanjutkan

Seiring dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Mac tentang pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) turut mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung dengan pelanjutan tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau.

YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mencadangkan agar penangguhan kesemua aktiviti surau dan masjid perlu dilanjutkan sehingga berakhirnya tempoh PKP.

Ia selaras dengan Resolusi Dalam Talian Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah diputuskan pada 20 Mac 2020 – iaitu penangguhan aktiviti masjid dan surau termasuk solat jemaah dan solat Jumaat akan mengikut ketetapan yang diputuskan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Diharapkan agar semua umat Islam prihatin dengan arahan yang dikeluarkan dengan mematuhi segala arahan kerajaan sepanjang tempoh PKP ini.

Sumber:
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)




No comments:

Powered by Blogger.